Mantera: Transformers tempatan



..::Utusan Malaysia::..

SAAT menyaksikan kehebatan filem-filem berunsur futuristik terbitan Hollywood seperti filemTransformers, pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri filem tempatan mampu menghasilkan sesuatu yang gah sebegitu.Tidak dinafikan ada beberapa produksi pernah hadir dengan filem sebegitu, menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) supaya kesan robotik itu kelihatan benar.Namun, ia seakan masih tidak cukup setara dengan teknologi terkini yang sebenarnya boleh membuat filem lebih dari itu.

Menyahut cabaran itu, Flare Studio Sdn. Bhd. (FSSB) yang sebelum ini sudah menghasilkan bidang animasi berjudul Muhammad - Utusan Terakhir hadir dengan filem bercorak fiksyen dan robotik yang berjudul Mantera.Filem Mantera yang mengisahkan seorang anak muda yang mempunyai kuasa luar biasa turut mendapat kerjasama syarikat antarabangsa seperti Spacetoon International.Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.

Mempertaruhkan dua wajah yang masih baru dalam industri perfileman tanah air sebagai tunjang utama iaitu Tomok dan Shiqin Kamal, filem ini kini menjalani proses pasca produksi membabitkan penggunaan imej janaan komputer (CGI).Pemenang musim ketiga One In A Million (OIAM) ini yang memegang watak hero yang bernama Azman dan Syiqin, artis baru yang membintangi filem Lagenda Budak Setan pula menjadi heroin filem ini iaitu Deena.Disamping itu, filem ini juga dibarisi oleh pelakon-pelakon tempatan yang lain seperti Faezah Elai, Yang Kassim dan Jayson Lee.

Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin, Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filem Mantera."Kami bernasib baik kerana ada syarikat antarabangsa seperti Spacetoon International yang berminat menjalinkan kerjasama untuk membangunkan filem Mantera ini."Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja."Menariknya lagi, filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

******************************************************************

Semakin meriah kemunculan filem tempatan bertaraf antarabangsa. Selepas Upin dan Ipin, Hikayat Merong Mahawangsa dan sekarang Mantera. Di barat kita ada hollywood, di india kita ada Bollywood dan Kollywood TAPI di Malaysia??Gayanya Malaysia kene ade *****wood juga pada masa hadapan.Apa-apa pun tahniah buat produksi tempatan dan seriusnye amat tidak sabar menanti kemunculan filem Mantera di pawagam.

Teka-teki di kala kebosanan

Hai korang.Dis tyme ade sedikit buah tangan teka teki. Sesapa yang boleh jawab 4 soalan ini dengan betul,hadiah misteri menanti anda:

1)
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

2)
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

3)
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

4)
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?

..::SeLaMaT MeNcUbA::..

Masih adakah esok untuk KITA??

Mana Ultraman,mana Superman,mana Power Rangers??Dunia kita penuh ketidak amanan sejagat.100% musuh superhero ini semuanya pengganas dunia. Pengganas yang paling berbahaya di suatu sudut galaksi bima sakti.Jauh dari ada pengganas ini bertopengkan islam untuk memulakan kekacauan dan keganasan. Mengapa pula US dan Jepun tidak ditemplak oleh kerana karekter ganas yang dicipta mereka. Ironinya, islam terus mendapat perhatian dunia.Ini adalah artikel yang ingin dikongsi untuk renungan kita semua keluaran Berita Harian:


NEW YORK: Media dan tokoh Barat terus memandang serong agama Islam dan Muslim dengan mengeluarkan kenyataan menghasut kebencian terhadap penganutnya.Ketika muncul dalam rancangan The View, O'Reilly mengisytiharkan "Muslim bunuh kita ketika 9/11", menyebabkan aktres Whoopi Goldberg dan Joy Behar keluar dari rancangan itu yang disiarkan secara langsung.Ini diikuti Kilmeade ketika program Fox & Friends yang mengulas: "Ada kumpulan masyarakat tertentu menyerang kita pada 9/11. Bukan seorang saja tetapi satu agama. Tidak semua Muslim pengganas tetapi semua pengganas adalah Muslim,"katanya.

O'Reilly berkata, "Muslim bunuh kita pada 9/11" sebab itu tidak wajar bagi mereka untuk membina pusat islam dua blok daripada Pusat Dagangan Dunia menyebabkan Goldberg dan Behar keluar daripada rancangan itu dan hanya kembali selepas O'Reilly menyebut "pelampau Muslim".Laman web The Gothamist berpendapat, peri laku pengacara Fox sudah dijangka kerana mungkin seseorang itu dibenarkan memburukkan orang Islam sesuka hati (di Amerika).Sementara itu, di Carolina Selatan, beberapa keping daging khinzir diletak di laluan masuk sebuah pusat Islam yang dianggap cubaan menghina dan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Seorang pengasas pusat itu yang juga penjaga tempat beribadat, Mushtaq Hussain, mengulas: "Orang Islam tidak makan daging khinzir jadi ini satu usaha supaya masyarakat Muslim marah. Pihak bertanggungjawab cuba menghina kami".Orang Islam di Amerika bimbang selepas usaha membina masjid dekat Ground Zero dibantah hingga ada yang bertindak membakar al-Quran selain mengganggu jemaah masjid sebelum dan selepas sambutan ulang tahun ke-9 tragedi 9/11.

Di Doha, seorang ahli perundangan Perancis menyifatkan Britain kalah kepada pelampau Islam kerana gagal mengharamkan burqa, lapor akhbar.Jacques Myard, anggota kanan Parti UMP pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, berkata dasar Britain yang ‘longgar’ membuka pintu kepada keganasan."Membenarkan wanita mengasingkan diri daripada masyarakat dengan memakai pakaian Islam yang menutup seluruh badan menyebabkan golongan radikal selesa dan Britain wajar sedar perkara ini. Ada sebab yang baik mengapa London digelar Londonistan. Ia penuh dengan pelampau Islam."Myard membuat ualasan itu kepada wartawan Britain di Qatar ketika mempertahankan keputusan negaranya mengharamkan burqa selepas menghadiri Debat Doha di Yayasan Qatar. - Agensi

Dunia, dengarlah "My name is ikhwan,i'm not a terrorist". Buat yang belum menonton filem Shah Rukh khan ini, sila cergas dan cerdas cari dan tengok filem ini.Filem yang penuh dengan mesej keamanan.Islam itu indah dan aman itu kata akar kepada islam....Personally, this is The best film of the year and SRK:



Friendship 4ever: Realiti atau fantasi??


Langsung tidak pernah aku menerima wish seramai ini dari kawanku.50 email notification di inbox ku terima dalam sehari yang mana 100% nya adalah daripada Facebook. Sungguh istimewa hari ini bagiku. Namun terfikir dalam benakku, dalam kalangan mereka ini, Siapakah kawan sejati ku?Kawan sejati tidak memerlukan masa lama untuk berkawan. kawan sejati adalah kawan yang akan sanggup mempertahankan kawan yang lain tidak kira di mana kawannya dicerca atau ditemplak. 5 minit berkawan, kawan dalam program, kawan alam maya adalah bukan suatu nukilan yang perlu diimbas dalam menjadi indikator kawan sejati. Mereka yang ikhlas menerima siapa kita adalah kawan sejati. Hatta sekalipun dia tidak mengingati nama kita, bukan bermakna si dia bukan kawan sejati kita. Si dia yang akan mempertahankan kita kelak berjumpa kembali adalah kawan hakiki. Friends Forever...

Tahun ke-20

Banyak pasang surut kehidupan aku lalui sepanjang 20 tahun mengembara di dunia yang penuh onak dan liku. Pelbagai dugaan perlu ditelan.Masam dan pahit terpaksa di dikatakan manis. menjejakakan kaki ke tahun 2010, pelbagai kisah dah cereka ku kejar. Pengajaran aku bagi tahun ini, jangan dikejar perkara di hadapan.Terbaik adalah menghargai apa yang ada pada masa sekarang. Butir permata mengalir deras tepat 12.01 am 16 oktober 2010 menyesali segala sifat tamak dan tidak sabarku. Ya allah, engkau bersifat dengan sifat Maha Penyayang, sayangilah aku dan peliharalah aku serta terima lah segala taubatku. Pandulah aku menjadi seorang insan yang lebih baik di bumi ciptaan-Mu ini. Buat kawan-kawan yang masih ingat besday ku thanks a lot.So, touching with Facebook yang menjdi PA t'baik untuk remind kawan-kawanku tentang besdayku.Thanks a lot.

To red warriors,tahniah di atas kemenangan melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan selangor 3-0.

Best poster:


The Malay Chronicles of Bloodlines

Keindahan hari ini bertatih agak perlahan. Semalaman diri ini berjaga bagi menyiapkan Persuasive Presentation's outline, slides dan text ucapan. Kekentalan bertemankan Teh BOH dan Ali's Cafe akhirnya gagal mengekang ku dari tersungkur. Sesudah azan subuh berkumandang, mata kuyu ku berkelip-kelip merah. Bagai ultraman rebah bila klip merah berbunyi, begitu juga aku rebah tersungkur di permainan maut ini. Agak bernasib baik kerana tersedar dari lamunan tido tetkala matahari mencecah 8.30 pagi. Aku bersiap dan membuat beberapa raptai untuk Persuasive presentation ku. Segak bergaya ku padankan pada diri untuk menonjolkan keyakinan diri yang jauh dari ada.Ni tajuk persuasive presentation aku....



Bemula detik 10.00 am, pendrive aku kene virus attack. Habis video yang aku gigih download semalaman. Memandangkan perasaan untuk menongkah arus menebal, aku pinjam skuter pink milik coursemateku, Azween.Tatakala malu mencengkam, penyelamat nye cuma la helmet merah yang ku pakai sepanjang aku tunggang motor tersebut.

Hari yang indah untuk Mr Patrick Jane,The mentalist.Aku berjaya beradaptasi dengan karekter Parrick Jane bagi mengawal diri dari dikuasai kegelutan berterusan dan akhirnya, presentation aku mendapat pujian.Nice day.After all, lecturer kate, aku sudah jumpe my own style of presentation walau diri sebenarnye menggabungkan skill presentation daripada peklah, confident bak anep dan tenang semacam pekma. Nampaknya, style aku adalah style korang...WHO CARES....Seems innovative is better than creativity at the end of the day...

Kelantan lwn Selangor: Suku akhir Piala Malaysia 2010



Best of the best poster suku akhir....rating 4 per 5


Tersergam indah poster kelantan lwn Selangor terpacak di saluaran-saluran web dan blog. Menggigil seluruh adrenalin aku untuk turun bersama para wira merah beraksi. Tapi apakan daya:

Assignment berlambak + kelas awal pagi + PCS presentation = Niat Cancel

Ape-ape pun, KAFA portal menjadi teman setia untuk mendegar ulasan perlawanan. Walau hanya sempat mendengar dari radio TRW, tetap berbangga apabila Kelantan mampu mengekang selangor.

Keputusan penuh suku akhir pertama kelantan lwn selangor: 0-0

Jumpa di kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua di Stadium keramat pasukan kelantan.Akhir kata,Gomo kelate Gomo!!!!