Suara ghaib...

President Zine El Abidine Ben Ali di Tunisia
Hosni Mubarak di Egypt
Muammar Gaddafi di Libya  
Di Malaysia??? 

Tersungkur jua pemimpin utama negara dek kelalaian dan kerakusan. Mereka diangkat, dijulang kerna janji pada tuan rakyat namun bilamana keangkuhan, ketidakadilan dan boros diperajakan melebihi tuan rakyat, nah ini jadinya. Hatta berpuluh tahun memegang tampuk pemerintahan, hatta punyai pengaruh dan harta, tuan rakyat tidak pernah lupa. Twitter dan Facebook generasi kami. Kamu tradisional tahu kurang dari apa. Hari ini, pemerintah cuma tahu akta itu dan akta ini untuk tangkap kami tuan rakyat. Ape natijah tuan rakyat diperlaku binatang. Mungkin gerigi besi itu ugutan kamu namun buat kamu menggigil itu ugutan kami. Di USM, bilaman pelajar ditangkap kerna ugutan walau malaysia telah berbelanja berbillion ringgit tetapi ugutan kecil terasa besar. Andai kita diserang, kami tuan rakyat boleh mendabik dada kata kami jualah pelindung kami. Kalah kerna pertahanan beruk tapi jiwa kami bukan tukar ganti dengan beruk. Kami punyai hati, kami punyai perasaan. Bila ditindas suara ini, suara dalam akan hadir keluar dari garis norma. Itulah yang terjadi di dataran Tahrir. Wahai najib jangan bisikan setan kami merajai diri tuan rakyat tatkala hari berganti hari suara ini terus memanggil kezaliman mu.


Aduyai pun pencuri...

Read with Johan Tones RL: Aduyai Pun
http://thecybersniper.blogspot.com/2012/01/senarai-duit-negara-yg-kena-rembat.html sah negara aku banyak sangat duit rupenye...

Read with Johan Tones RL: Aduyai Pun
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama jadi menteri...

Read Johan Tones RL: Aduyai Pun
Sah pemimpin with no (s) AMANAH dah kantoikan strategi tamadun Najib dan sebelumnye.

Read Johan Tones RL: Aduyai Pun
UMNO stand for United Myanmar Nepal Organization (U.M.N.O)

Read Johan Tones RL: Aduyai Pun
Read Johan Tones RL: Aduyai Pun
Read Johan Tones RL: Aduyai Pun........

Anwar....Tuju mu cuma 1

Langkah tari tersusun berlatarkan muzik,
Pahlawan berpencak menyusur alunan irama,
Kagum mata padamu terbeliak memerhati,
Kamu ku bakti damba mu sama.

Anwar, tuju mu cuma kami rakyat biasa. Pertualang rakyat dibicara berulang kali. Semangat rakyat dibakar kamu hingga hangus. Namun kamu mesti jauh dari alpa dan leka, kamu jua perlu bersemangat melawan kebatilan. Fitnah itu halnya diri kamu tapi kamu hamba kami dan kami ingin tahu perbicaraan mengakat kami. Bagai pengarah negara kami tidak ingin tahu halnya budak bodoh,budak ego,budak seks dan porno.kami ingin tahu perbicaraan mu hanyalah untuk kami terus memegang kuasa pengarah negara.

Anwar, jangan kamu ulang kesilapan mu. kami jua manusia yang tahu kamu berbuat salah dan berusaha membetulkan salahmu. Namun bagi kami, andai kamu gila untuk bekerja dengan kami, kami ambil kamu jadi khadam. kami tidak meminta tetapi kamu datang merayu. Bagi kami, juara pidato tiada hebatnya dari punguk rindukan bulan. kamu mesti ingat, kami ingin jadi pengarah negara tahun 2012 dan kamu khadam mesti taat aturan kami.

Anwar, Najib itu hebat kuasanya, sesiapa sahaja boleh dikenakan akta hasutan sama jua aku. Namun aku tidak gentar kerna hidupku di dunia hanya menanti mati memanggil. Habis riwayat aku andai noktah ditekan, maka Najib gagal jua untuk berbuat apa-apa. Yakinlah, Allah itu rabb-ku jua Rabb-mu.

Sultan...Tuju mu hanya 1

Engkau sultan aku rakyat jelata,
Engkau pemerintah aku terdiam,
Engkau lambang agama....

Kendatipun bermula pergolakan diri mahu atau tidak.Mungkin caramu mengawal ceramah agak terkehadapan, namun menyekat alim bersuara ibarat menyekat ombak menghempas. Alim berbicara berharap suara mereka mengenal perhambaan bukan islam dan engkau sultan, apa kamu laku untuk agamaku hanya mu jua yang tahu. Aku jauh dari mahu dipersalahkan di akhirat kelak. Aku menjunjungmu untuk sultan lambang agama dan berdiri mengharap perilaku sultan kesetiaanku mampu menarik rakan perhambaan bukan islam memeluk islam. Mungkin kamu dengan caramu namun diakhirya aku ingin kamu ingat tuju mu cuma bukan sekadar pemerintah tetapi lambang bukan berhabuk bagi agamaku. aku hanyalah rakyat yang menjujung sultan wakil Rabb-ku di bumi bukan penderhaka sultan amanah Allah.