1001 ragam si Dia...


"Sekilau-kilau berlian adalah yang paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…"

MrGowe tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai sikap segelintir manusia yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Namun, apabila melihat pada tahun 2008 ini begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.Tidak seperti seorang individu yg MrGowe nak cerita nih....

Along begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat pendek tu,hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung!Abah rela ke…Cucu abah nanti…”Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.” Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja,buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.
Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.Lihat sahaja beberapa insan ternama dan tersohor di Malaysia.Pasangan seperti Perdana Menteri, Raja Nazrin, Ina Naim dan Erra Fazira misalnya mungkin boleh dikatakan pasangan yang mempunyai banyak pengalaman hidup.Mereka ini boleh dianggap ‘bertuah’ kerana tanpa publisiti meluas tentang ‘percintaan’ mereka dengan pasangan masing-masing,tetapi kerana ‘Jodoh dan takdir’ mereka telah dipertemukan dengan insan yang benar-benar ‘serasi’ dan memahami mereka.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi.Cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam dan tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta,di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Panahan pertama...

Dalam masa 9 hari lagi sebelum menjelma DAS,pelbagai beban semakin bertambah untuk dipikul.Pertambahan universiti disaat akhir,pertambahan usher baru yang memerlukan latihan and a lot of more problems tiba2 datang secara serentak.Banyak yang masih perlu MrGowe lakukan demi memartabatkan kembali nama MrGowe.Semalam siap kene kutuk oleh projek leader lagi sebab Diari Report yang MrGowe hantar,MrGowe buat acuh tak acuh saje.Bukan nak lawan HICOM tapi MrGowe ni memang malas nak tulis diari pasal diri sendiri ni.Time mule2 nak buat post untuk kali ni pun,MrGowe fikir sampai 5 kali.MrGowe tak suke kongsi cerita diri sendiri ni sebenarnye.MrGowe rasa down sangat semalm...hurm....Siap kene label leader yang tidak bermotivasi lagi.Assistant Head usher je kot MrGowe ni kan....Anyway,asal sume usher dibawah bimbingan MrGowe dan MissSmily happy,MrGowe langsung tak kisah dengan kutukan itu.MrGowe dah buat sehabis baik dalam melatih usher-usher sekalian.MrGowe sanggup tebalkan muka menari poco-poco di hadapan,buat senaman si tommy,berlakon and so on demi usher-usher sekalian,walau terasa diri langsung amat tidak berbakat.MrGowe terus senyum walau letih,buat2 kenyang walau lapar,sihat walau pening dan semua benda2 yang memalukan diri MrGowe,MrGowe telah buat bagi memastikan usher-usher sekalian terus bersemangat dalam mengharungi DAS 2009.MrGowe dah cube sehabis baik untuk menjadi se-peramah MrStory,supervisor PR.MrGowe nak mintak beribu-ribu kemaafan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki in case kalau ada certain usher yang tersakit hati,rasa MrGowe ni menjengkelkan,benci MrGowe or many more.MrGowe dah cuba untuk menjadi profesional dan dalam pada masa yang sama,MrGowe dah cube untuk menjadi teman berbicara kepada semua usher sekalian.Before ending this post,MrGowe nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Head Usher,MissSmily sebab banyak tolong MrGowe dan sentiasa memberikan semangat kepada MrGowe.Pesanan MrGowe kpd MissSmily,teruskan menceriakan sesiapa di mana jua.Ape2 pun,demi DAS 2009,MrGowe akan tetap terus senyum...go..go..gowe...

Masih adakah hari esok??



Walaupun cerita yang MrGowe post ni may be berat dari segi unsur-nye terutama kepada geng2 seumur sebaya MrGowe (19 tahun jur baru beb) tapi renung-renungkanlah.Bagi kawan2 lelaki MrGowe, ingatlah anda adalah bakal husband-to-be manakala bagi kawan2 perempuan MrGowe, ingatlah anda adalah wife-to-be in may be next 3 more years.Pesanan untuk kawan2 MrGowe,saat ini adalah waktu crucial dalam memilih si Dia yang tepat bagi melayari bahtera esok hari supaya kelak tidak menyesal di kemudian hari.Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah,amanah yg tak terhingga nilainya.Isteri adalah untuk disayangi sampai bila2, bukan utk dibuang bila tak berguna.Ini adalah kisah benar yang MrGowe dapat melalui email dari senior MrGowe untuk renungan semua.....

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena kanser payudara.Dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta.Muda lagi.Wife dia kena buang sebelah buah dada.Kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas,kawan saya kawin dengan 2nd wife die yang umur baru 21 tahun.Masa cuti thaipusam,kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam, wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom untuk kasi laluan kat wife no.2.Kejamnya sehingga saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik.Walaupun tindakan dia kawin tu saya tak kisah sangat,tapi jauh di sudut hati saya memang terasa kejam sebab wife dia masih sakit dan dia langsung tak memikirkan pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah,coz kawan saya tu jiran sebelah rumah-we all sama2 beli rumah masa bujang.Saya cakap,sampai hati dia buat camtu kat wife no.1 tetapi tiba2 kawan saya marah saya balik.Saya ada gak suruh dia asingkan kedua-dua isterinya tapi dia tak nak.Dia kata payah dia nak berulang alik. Lantaklah.Biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Masa kawan saya belajar dulu,time memula dia dengan wife no.1,pada awalnya hanyalah sebagai kakak dan adik angkat saja.Wife dia dah kerja sebagai operator kilang, so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu.Lepas tu, dah jodoh dan diorang kawin.Mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.Tak tahu lah saya nak cakap tapi yg buat saya bengang ade ke kawan saya tu selalu pujuk saya sampai lah kehari ni supaya jadi cam dia yakni cari no.2.Tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.Saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu,bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam tapi,bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah,saya jengoklah.Saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi.Wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu kat bawah.Saya tengok anak2 dia yg 4 org tu dgn maid menangis2 pungut baju mak dia.Kawan saya menjerit2 dari atas balcony cakap "kau org cakap ngan mama kau,kalau nak papa jaga sampai mampus jgn lawan cakap papa... ".Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu.Anak-anak no.1&2:perempuan,3&4:lelaki.Saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu.So,seronoklah dia berendam & mandi sama2 ngan wife no.2 dalam jacuzzi tu.Saya ingat lagi saya dengan kawan saya tu sama2 pegi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu.

Arwah baru je meninggal dunia pada hari khamis,sedangkan suaminya iaitu rakan baik saya pula tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France.Kawan saya ni memang tidak berhati perut.Rakan saya sudah berlepas pada malam rabu.Apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport, maid arwah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas.Saya kelam kabut ke rumah sebelah utk bawa arwah ke hospital.Sebelum arwah pergi ke hospital, dgn kepayahan arwah mencium kedua-dua anak kembarnya(no.3 dan 4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur.Arwah juga berpesan kepada kedua-dua anak perempuan ( no.1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan perg buat selama-lamanya.

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya.Beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya.Saya masa tu hanya menginggalkan pesana dan menghantar sms kat rakan saya.Saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera.Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja.Mak &ayah arwah sudah tiada.Masa kat hospital,arwah sempat berpesan kepada doktor,jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi.Memang sedih masa tu.Masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital,arwah masih dalam bilik rawatan.Abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong.Masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang.Abg arwah lah yg membuat keputusan agar jenazah arwah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya yg kejam itu....

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya.Semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid.Satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.Dalam pukul 10 pagi lebih keesokan harinya,barulah jenazah arwah dapat di bawa kerumahnya untuk disiapkan bg pengebumian.Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian.Time tuh dalam kepala saya tak terfikir utk marahkan rakan saya tu,hanya yg terlintas hanyalah utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.Masa jenazah di rumah,anak arwah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada,tapi yg kembar tu sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup.Sedih sgt saya.Saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap tapi airmata saya meleleh juga.

Saya kenal arwah masa saya dan rakan saya form 4 di MRSM.Masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di MRSM.Masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu.Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA .Setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.Masa pengebumian,saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad.Saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang menenung saya.Terasa begitu sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus,barulah yg kembar tu menangis,tapi dipujuk oleh wife saya.Suami arwah akan kembali pada hari sabtu depan.Jadi sehingga hari sabtu itu,setiap malam,keempat-empat anak arwah tidur bersama sama saya.Mereka rindukan arwah mama mereka dan juga papa mereka.Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama... mama... mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan senyap2 sayang.Papa ada dan saya berharap agar allah berikan hidayah kat rakan saya tu.Supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai.....

Pesanan MrGowe, “Wanita yg baik adalah wanita yg tidak akan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni....”

SeNyUmAn Si DiA

Sajak hasil nukilan MrGowe dan MrHandsomBoy
Khas kutujukan untuk siDia....

Jasadku utuh setia menanti
Menikmati sekuntum senyuman pagi
Dari kelibat sinaran mentari
Yang tidak pernah sunyi
menjamu diriku yang sepi

Aku rela jauh diketepi
Walau perit rasa pengorbanan
Sekiranya senyuman itu setia milikku
Untuk waktu saat ini
Untuk hari esok dan seterusnya

Wahai mentariku
Aku terbayangkan hanya dirimu
Hanya kuntuman senyumanmu
Yang senanatiasa kembang
Walau jauh ke dalam jiwaku

Ingatlah,bukan semua dari kita dapat tulus setia mengukir senyuman sepanjang
masa.Lumrah manusia yang penuh dengan masalah senantiasa membaluti diri.Jangan
bersandarkan pada paras rupa untuk dihargai,tetapi lontarlah secangkir senyuman
anda itu untuk dihargai.Senyuman boleh dibuat akan tapi, senyuman yang dihargai
adalah senyuman yang ikhlas datang daripada hati