SAY NO TO PEMAIN IMPORT

Disebabkan Harimau malaya mengaum, aku di sini pun mendapat tuah. Mana tidaknya, 4 hari cuti termasuk cuti tahun baru ditambah sehari cuti PM umum kelmarin cukup puas untuk dinikmati.

Percaya dan yakin, cukuplah dengan pemain tempatan yang bermain di dalam liga super. Mengapa perlu lagi pemain import yang akan menutup peluang bagi pemain tempatan beraksi. Norsyahrul Idlan talha sendiri juga berulang kali berhijrah dari 1 pasukan ke 1 pasukan untuk mendapt tempat selaku penyerang disebabkan posisinya diguna pakai oleh pemain import.

Mengapa perlu mendengar celoteh jurulatih tempatan yang bodoh inginkan pemain import. Mengapa perlu tarik hatta sejuta penyokong ke stadium untuk menyaksikan permainan liga super seandai prestasi negara sendiri entah ke mana.Cukuplah dengan pemain kita.

SAY NO TO PEMAIN IMPORT!!!!!

Khairul Fahmi che mat@Apek


Tahniah di atas kecemerlangan anda di Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF. Banyak ONG dan LUCK khairul fahmi dapat sehingga membawa beliau ke posisi nombor 1 negara itu. Bermula daripada kemorosotan penjaga gawang Syed Adney sehingga membolehkan Khairul Fahmi menjadi penjaga gawang utama kelantan sehingga kecederaan yang menimpa 2 penjaga gawang utama negara. Dipermudahkan segala urusan Khairul Fahmi sehingga kini beliau dianggap menjadi hero harimau Malaya. Apa-apa pun, 6 orang pemain kelantan telah berhijrah....Adakah Khairul Fahmi juga masih setia utuh bersama Kelantan????Seandai beliau mendapat tempat di kelab luar negara, secara eloknya patut diterima. Namun, seandai tawaran daripada persatuan mahupun kelab dalam negara.....INGATLAH khairul Fahmi,penyokong Kelantan masih memerlukan ANDA...

Selamat ber-Internship





SELAMAT BER-INTERNSHIP BUAT SEMUA.MOGA JUMPA LAGI PADA AKHIR 2011

Chanturu ilham Malaysia


Berkesudahan 0-0 dengan Thailand cukup membuatkan Malaysia berhadapan dengan saat getir dalam menanti perlawanan Selasa ini bertemu lawan terakhir di peringkat kumpulan iaitu Laos. Pujian di hambur untuk 2 pemain kelantan yang jelas menjadi tunjang pertemuan Malaysia-Thailand. Tahniah buat Khairul Fahmi yang tegap menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan manakala, Nor syahrul Idlan Talaha begitu bergaya bertindak selaku playmaker. Namun, persoalan sekarang mana Chanturu Second Generation??? kita kekurangan penyudah akhirnya. seandai Chanturu bersama pasukan malysia pada hari ini menentang Thailand, kerja Syharul mungkin lagi mudah untuk mendapatkan kemenangan yang ditagih. Larian pantas dari hujung pertahanan ke gawang pihak lawan sememangnya diperlukan dari beliau di masa sukar sekarang. Ape-apapun tahniah buat Asaruddin yang agak jarang membuat kesilapan dalam perlawanan menentang Thailand hari ini.

Apa jadi kalau Indonesia sengaja kalah dalam perlawan terakhir menentang Thailand???jawabnya, malaysia gagal layak ke separuh akhir. Namun,kita rakyat malaysia amat mengharapkan kemenangan dari pasukan Malaysia pada waktu menentang Laos kelak di samping indonesa meneruskan rentak kemenangan bertemu Thailand nanti.

Malaysia lawan Thailand....


Berpaksikan kepada prestasi anak buah K Rajagopal semasa menentang Indonesia,pasukan negara sebenarnya jauh dari menunjukan prestasi sebenar Malaysia seperti yang dilakukan di Sukan Asia Guangzhou 2010. Kelemahan di bahagian pertahanan agak sukar diselindung lagi.Kecuaian Asaruddin berterusan dari kejohanan sukan asia agak bebal ditangkis pengendali malaysia itu.Kecederaan yang melanda skuad utama bukan suatu bukti dan rumusan kepada kekalahan yang dialami.Seandai pemain utama dikhuatiri tidak lagi mampu beraksi buat selama-lamanya,skuad yang diturunkan menjelang Thailand ini adalah skuad yang diharap mampu menggalas cabaran negara pada masa kan datang. Propaganda skuad sekarang bukan skuad utama bukan lagi menjadi titik persoalan dan pertikaian.Selain itu, Formasi 4-3-3 yang diguna pakai dalam perlawanan bertemu Indonesia adalah formula sama kekalahan Real Madrid kepada Barcelona dalam perlawanan El Clasico yang berkesudahan Barcelona menang 5-0. Persoalannya, berdepan dengan Thailand pada hari ini, K Rajagopal perlu menekuni formula yang terbaik untuk melonjakkan moral pasukan. Percaturan permainan bertahan dan serangan balas cepat (quick counter attack) dan hantaran lintang di hadapan pintu gol secara peribadi adalah pilihan yang terbaik.Syaratnya, pass through negara tepat dilakukan antara pemain. Apa-apa pun,all da best buat pasukan Malaysia...nantikan keputusan petang ini....

........dan matilah anak adam

TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.