Mantera: Transformers tempatan



..::Utusan Malaysia::..

SAAT menyaksikan kehebatan filem-filem berunsur futuristik terbitan Hollywood seperti filemTransformers, pasti ada yang tertanya-tanya bilakah industri filem tempatan mampu menghasilkan sesuatu yang gah sebegitu.Tidak dinafikan ada beberapa produksi pernah hadir dengan filem sebegitu, menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) supaya kesan robotik itu kelihatan benar.Namun, ia seakan masih tidak cukup setara dengan teknologi terkini yang sebenarnya boleh membuat filem lebih dari itu.

Menyahut cabaran itu, Flare Studio Sdn. Bhd. (FSSB) yang sebelum ini sudah menghasilkan bidang animasi berjudul Muhammad - Utusan Terakhir hadir dengan filem bercorak fiksyen dan robotik yang berjudul Mantera.Filem Mantera yang mengisahkan seorang anak muda yang mempunyai kuasa luar biasa turut mendapat kerjasama syarikat antarabangsa seperti Spacetoon International.Mantera bermaksud Manusia Jentera atau Man Transformable Exo-Robotic Armor. Ia membabitkan perselisihan dua kumpulan robotik seperti mana cerita Transformers dan Iron Man.

Mempertaruhkan dua wajah yang masih baru dalam industri perfileman tanah air sebagai tunjang utama iaitu Tomok dan Shiqin Kamal, filem ini kini menjalani proses pasca produksi membabitkan penggunaan imej janaan komputer (CGI).Pemenang musim ketiga One In A Million (OIAM) ini yang memegang watak hero yang bernama Azman dan Syiqin, artis baru yang membintangi filem Lagenda Budak Setan pula menjadi heroin filem ini iaitu Deena.Disamping itu, filem ini juga dibarisi oleh pelakon-pelakon tempatan yang lain seperti Faezah Elai, Yang Kassim dan Jayson Lee.

Menurut Ketua Pegawai Perhubungan dan Komunikasi FSSB, Khairul Anuar Md. Ariff, filem ini menjalani penggambaran sebanyak 40 peratus di luar negara iaitu di Dubai dan Rusia serta turut dibintangi oleh para pelakon antarabangsa.Antaranya ialah seperti Wael Al-Masri dari Dubai, Ayman, Mikhail Dorojkin, Said Dashuk-Nigmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Ms. World 2008, Natalya Shmarenkova @ Kamaliya.

Kos penggambaran di Dubai dan Rusia, sebahagian besarnya telah ditanggung oleh Spacetoon International iaitu rakan kongsi FSSB untuk filem Mantera."Kami bernasib baik kerana ada syarikat antarabangsa seperti Spacetoon International yang berminat menjalinkan kerjasama untuk membangunkan filem Mantera ini."Filem arahan Mohd. Aliar Ally ini juga menggabungkan teknologi perfileman Rusia dan hanya melibatkan 20 peratus CGI sahaja."Menariknya lagi, filem ini turut akan ditayangkan di 38 buah negara di sekitar negara-negara di Asia Barat, Asia Timur dan Eropah Timur," kata Khairul Anuar.

******************************************************************

Semakin meriah kemunculan filem tempatan bertaraf antarabangsa. Selepas Upin dan Ipin, Hikayat Merong Mahawangsa dan sekarang Mantera. Di barat kita ada hollywood, di india kita ada Bollywood dan Kollywood TAPI di Malaysia??Gayanya Malaysia kene ade *****wood juga pada masa hadapan.Apa-apa pun tahniah buat produksi tempatan dan seriusnye amat tidak sabar menanti kemunculan filem Mantera di pawagam.

1 comment:

Anonymous said...

haha..ulasan mcm surat khabar...mmg mantera lawa pon