EnE Groups...

MrGowe ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi2 apresiasi buat semua yang merelakan jiwa dan raga untuk EnE Groups.Harap,semua dapat berpadu tenaga bilamana kekuatan antara ahli EnE Groups menjadi perhatian ramai dalam merealisasikan segala perancangan yang telah dicanang.Di bawah ini,MrGowe sertakan lapisan tenaga kerja EnE Groups:

C.E.O merangkap Supervisor Production House:
Syed Fakhrie Hamimie

Asst C.E.O merangkap Supervisor Runner.Biz & Service2u:
MrGowe

Director of Financial:
Azmidi

Personal Assistant:
Nur Arash

Director of Runner.Biz:
Asrul Wahab

Asst Director of Runner.Biz:
Nurliyana Zadora

Director of Pruduction House:
Amirul syahmi

Asst Director of Production House:
Nurliyana Alias

Director of Service2u:
Mohd Sallehudin

Asst Director of Service2u:
Siti Mastura

Pesanan MrGowe,"Harap semua dapat mengemblengkan kudrat yang ada sepenuhnya untuk EnE Groups."Akhir kata,Group EnE...JeJom kite ke Indonesia...

Senyum selalu


MrGowe langsung tak sedar akan entry post MrGowe sebelum ini terlalu jiwang.So,bagi melarikan diri ini jauh digelar Mat Jiwang,MrGowe decide nak berkongsi kisah senyum ini buat mereka yang payah nak senyum....

Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum? www.familiazam.com
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

Bilamana bergelar lelaki...

MrGowe tertanya-tanya,tatkala Shah jehan ingin membina Mahligai Agung kepada Mumtaznya sebagai tanda cinta,adakah kisah agung ini bermula dari sebuah rentetan salah faham??MrGowe juga tertanya-tanya,bilamana Romeo bermadah cinta dengan Juliet,adakah rentetan pertemuan mereka juga bermula dari sebuah salah faham??Namun yang pasti,salah faham ini telah membentuk sebuah jalinan ikatan cinta yang dikenang ramai....

Di bawah ini,MrGowe letakkan 10 salah faham yang terbiasa dilakukan lelaki.Salah faham yang membawa kepada lelaki dan perempuan berperang mulut.Salah faham ini jugalah hikmah yang terkadang wujud sebuah ikatan dinamakan cinta

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala. Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka. Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh . Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai. Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki(MrGowe maksudka lelaki tulen tau..bkn pondan),mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.

JawapanKu....


Seorang wanita bertanya kepada seorang lelaki tentang cinta dan harapan.Si wanita berkata dia ingin menjadi bunga terindah di dunia dan si lelaki pula berkata dia ingin menjadi matahari. Si wanita tidak mengerti mengapa si lelaki ingin jadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang boleh terus menemani bunga.

Si wanita berkata dia ingin menjadi rembulan dan si lelaki berkata dia ingin tetap menjadi matahari. Si wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan tidak dapat bertemu, tetapi si lelaki ingin tetap ingin menjadi matahari.

Si wanita berkata dia ingin menjadi phoenix yang boleh terbang ke langit jauh di atas matahari dan si lelaki berkata dia akan selalu menjadi matahari.

Si wanita tersenyum pahit dan kecewa. Si wanita sudah berubah TIGA KALI namun si lelaki tetap berkeras ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama si wanita. Maka si wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa si lelaki tetap menjadi matahari.

Si lelaki merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat si wanita jadi bunga, si lelaki ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarnya untuk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut KASIH, iaitu memberi tanpa mengharap balasan.



Ketika si wanita menjadi bulan, si lelaki tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak dapat menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut. Ini disebut sebagai PENGORBANAN, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Saat si wanita menjadi phoenix yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, si lelaki tetap selalu jadi matahari agar phoenix bebas untuk pergi bila-bila pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya...

Matahari rela melepaskan phoenix untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk phoenix.



Matahari selalu ada untuk phoenix bila-bila pun ia mahu kembali walau phoenix tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain phoenix yang dapat masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut dengan KESETIAAN, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan mahu memaafkan.

Ibu vs kekasih


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Kini aku lain..

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.....ReNuNgKanLah..

"MrGowe nak pesan..Lantaran adanya wanita,alam menjadi indah,lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.Lantaran adanya lelaki dan wanita maka wujudlah percintaan.Lantaran adanya percintaan terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan....kelemahan yang nyata dalam mengingati siapa yang lebih tulus menyayangi kita....fikir2 kan lah..."

Picisan Cinta MrGowe dan si Dia(2005-2008)

Salam buat semua yg membaca.Pada awl bilamana MrGowe decide nak buat blog SeCaNgKiR teH SeRiBu CeRiTa ni,MrGowe selalu mengutuk blog org lain...yg pompuan gedik,yg lelaki pula pondan...Bagi MrGowe,mengapa perlu dikongsi kisah hidup peribadi dengan semua orang...mcm nak cari publisiti murahan jur..Namun,kate org tak kenal maka tak cinta.MrGowe tetap meneruskan membaca blog kwn2 MrGowe walau hati terase begitu menjengkilkan.Hati dulu rasa loya kian tertarik dengan fungsi blog sebagai salah satu medium perkongsian pengalaman hidup.Semua org melalui pengalaman hidup yang berbeda antara satu dgn yang lain.Dalam post pada kali ini,MrGowe terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidup MrGowe dangan si Dia yang istimewa.Harap,tak ade pulak yg rase jengkil kerana niat sekadar ingin berkongsi.Niat ingin berkongsi pun kerana MissLonely.MrGowe sndiri tak sure either MissLonely ni dah clash atau belum dgn BF die. Pokoknya, perhubungan mereka bermasalah.Harap picisan kisah hidup MrGowe ini dapat menenangkan hati lara MissLonely.

KiSaH HiDuPkU
Part 1:Si skema
Aku(MrGowe) masih ingat bilamana aku mula menjejakan kaki ke sebuah SBP ni.Terasa begitu kerdil dihimpit ratusan pelajar pandai tatkala diri hanya bernasib baik memperoleh 5A dalam UPSR.Perasaan rendah diri membuatkan aku teragak-agak dalam setiap tutur kata dan gerak-geri aku sehingga dilabelkan pelajar skema.Suaraku nun jauh sekali kedengaran dalam kelas.Bukan niat untuk membisukan diri disaat hati meronta-ronta untuk bermadah tetapi bagiku,aku masih terasa diriku ini kerdil.Namun,aku tetap MrGowe...Diriku yang senyap ini membuatkan aku seorang pendengar yang baik.Baik lelaki mahupun perempuan,ada saja yang akan berkongsi rahsia denganku.

Bilamana diri masuk ke tingkatan 3,hati mula bersuara.Adakah kesudahan hidupku di SBP begitu membosankan.Rutin aku setiap hari adalah sama.Aku masih ingat, di suatu tika kelas PREP,aku letakkan kepalaku diatas meja berpura-pura tidur tatkala diri sebenarnya memandang ke langit menyoal diri yg dirundum 1001 persoalan...ini bukan aku!!!Aku ingin mewarnai hidupku.Aku ingin mencari si Dia yang istimewa untuk berbicara.Si Dia yang akan bagi hadiah tatkala saat birthdayku.Si Dia yang akan jua wish untuk aku selamat malam tatkala malam mula menjelma.Si dia yang akan menjadi kekuatan aku bila diri terasa kendur untuk melangkah meneruskan perjalanan hidup....

Part 2:Kakak Angkat
Tuhan menyahut doaku bilamana diri beransur keluar dari kepompong fasa kebosanan.Aku mula aktif bersukan.Bermula dari sukan merentas desa sehinggalah ke sukan lempar cakera.Detik manis itu masih terngiang di telingaku.Di saat mega awan senja mula melitupi awan,nama aku berkumandang untuk ke pentas hadiah setelah diri ini berjaya dinobatkan sebagai johan lempar cakera bwh 15 tahun peringkat sekolah.Medal pertama aku sepanjang bergelar budak SBP.Kini,aku dah jd someone yg berbeda.Masa mengubahku segala-galanya.Aku telah dijadikan sebagai adik angkat kepada senior perempuan sekolahku.Hampir setiap hari,roti 50 sen dan ais-krim bar warna biru menjadi santapan percuma aku bila loceng rehat dibunyikan.Kakak angkat aku mmg baik.Walau diri terasa seakan-akan mengambil kesempatan di atas kebaikan kakak angkat aku itu,aku lgsung tak bisa merubah keingininya untuk terus belanja aku sehingga mengundang dengki dalam sesetengah kawanku(Dengki yang light-light jur).Setiap pesanan atau kad ucapan yang ingin dihantarkan kpd aku,kakak angkat aku akan menggunakan budak pompuan kelasku sbg posmen.Kesian aku melihat budak pompuan kelasku itu...

Part 3:Seniorku dan SiDia
Cikgu kate,setiap dorm mesti ada variasi batch supaya kelak buli dapat dielakkan.Bagi aku sama saje...buli tetap ade dimane-mane.Pasal kisah buli tuh,nanti aku akan ceritakan lain kali.Ada seorang senior dalam dorm aku neh,die terpikat kat seorang pompuan budak kelas aku.Kebetulan,budak pompuan yang die syok neh adalah posmen antara aku dan kakak angkat aku.Jadi,bilamana die tau yang aku selalu jumpe budak pompuan neh,aku terus direkrut sebagai posmen tanpa gaji antara senior aku tuh dan budak pompuan neh.Nak tak nak,lagi kerap la aku jumpe budak pompuan neh.Harapkan pagar,pagar makan padi.Hati aku tertaut kepada budak pompuan neh.Tapi,demi menjaga etika kerja sebagai posmen berwibawa,aku perlu bersikap profesional.Hal cintan-cintun neh,aku tolak tepi dulu....ceh...

Part 4:Si Dia yang istimewa
Kalau hati dah suka sama suka,diri neh payah nak sorok.Paling aku takut,bilamana first time ingin mintak no hp pompuan neh.Kebetulan,PMR pun dah habis.Semua dibenarkan pulang ke rumah.Melepas laaa aku nak sms die time cuti.Namun,dah dinamakan jodoh..wawa..aku terserempak dengan die kat kelas lps habis paper last PMR.Die terus koyak pembalut meja warna merah seraya menulis no telefon rumah dia di belakng pembalut mejanye itu.Time tuh,die belum lg ada SIM card.Hp lg la die tak ade.Die janji dgn aku,nnti balik rumah,die akan terus beli SIM Card celcom.Sampai jur aku kat rumah,setelah siap sembahyang zohor,aku menelefon terus ke rumah die walau hati bagai nak mati takut kalau2 si ayah yang angkat.Naluri aku mmg tepat.Si ayah yang mengangkat.Jantung bagai dah berhenti berdengup.Hanya Allah saja yang tahu.Si Hang Jebat jantan sorang neh terus beranikan diri.Aku meminta kebenaran si ayah untuk bercakap dengan die.Time tuh la aku dapat no hp die.Die pesan,sms waktu mlm jur sbb,time mlm jur ayah die tak gune Hp.Dah dasar MrGowe tak suke sms,so setiap malam aku call die.Aku mmg bnyak modal nak ckp sbb tuh la,die tak bosan aku call.Rekod paling lame aku bergayut 3 jam.Tuh pun sbb Hp aku habis bateri.Walau dah couple, kitorang tak pernah walau sekali pun wish I LOVE YOU to each other.

Part 5:Karenah si Dia
Semua student seawal 7 pagi mula memenuhi ruang sekolah.Result PMR diumumkan.Both of us got 8 A's.After that,die terus bwk aku jumpe parent die.Baru aku nak happy dgn result,terus down nak mati sbb parent die nak jumpe aku.Rupenye parent die nak wish congratez kat aku...Bila dah berbual,parent die sebenarnya sempoi gak.OK la...Sekarang tahun 2006.Kitorang dah masuk form 4.Kebetulan pulak kitorang terpilih jadi pengawas sekolah.So bnyak la event yang membolehkan aku bersama die.Paling tak tahan,cikgu penolong kaunseling pun sanggup jd org tgh kitorang.Kalau aku nak bagi burger kat die,cikgu ni lah aku carik...salute kat cikgu.Tahun 2006 sememangnya banyak kenangan manis aku dan si Dia.Time tuh la...aku belajar Dating.Kalau nak cerita kenangan manis dgn die,sampai esok pun tak habis.

Pada pertengahan kitorang form 5,keluar artikel mengenai couple itu haram.MrGowe rase,anda semua pun pernah bace artikel neh.Couple jadi haram sebab berlaku banyak zina spt zina mata,zina telinga ,zina hati and so on.Macm mne aku nak nafikan bukti terbesar neh.Adakah aku sanggup nak clash dengan die.So,pergilah aku mengadap seorang ustazah merangkap cikgu penasihat syarahan agama aku.Ustazah ni lah yg akan bertungkus-lumus buat teks untuk aku kalau aku nak pergi mane2 pertandingan syarahan agama atau pidato.Ustazah ni jugak yg mengajar subjek agama islam untuk kelas aku.Ustazah cakap,couple tuh boleh as long as kite tau jaga adab dan batasan.NIAT TAK MENGHALALKAN CARA.Masalah demi masalah mula timbul antara kitorang.Kisah skandal die dengan student f4 baru,die dan abg angkat die hingga skandal aku dan adik angkat aku mula mengeruhkan perhubungan kitorang.Aku amik adik angkat pompuan pun sebenarnye saje nak buat die dengki.Aku mmg jahat.Kesian adik angkat aku.Jadi mangsa keadaan.Tapi,sejahat-jahat aku,yang pasti aku telah sedaya-upaya layan adik angkat aku sebaik mungkin.That's why,sehingga ke saat aku belajar di UTP pun,adik angkat aku neh,masih menelefon aku time die cuti.1001 dengki mula menyelimuti diri aku dan die.Allah dah tak redha,buat mcm mane pun dalam menjernihkan perhubungan kitorang,yg pasti berlaku adalah clash jugak.Aku clash dengan die saat pertama aku melaporkan diri untuk belajar di UTP.Memang agak sedih tatkala diri perlu kekuatan untuk menempuh alam baru.

Part 6:Aku dan mesej terakhirnya
Aku dan die mula membuka lembaran baru dalam menempuhi ranjau perjalanan masing2.Die menyambung pelajaran ke Perancis mengambil jurusan bahasa Perancis.Aku pulak ditinggalkan di UTP mengambil jurusan ICT.Tatkala membawa diri ke haluan masing2,die sempat berpesan kpd aku..perpisahan ini ada hikmahnya.Seandai jodoh telah ditentukan Allah,die tetap milik aku...Die pesan jugak,selagi aku setia...selagi itu die milik aku...

Part 7:Aku adalah MrGowe
Walaupun ayat terakhir agak menyentuh kalbuku,tapi adakah aku rela ditinggalkan dengan 1001 persoalan.Adakah,si dia akan ingat janjinya lagi atau sekadar bermain madah dengan aku.Aku adalah MrGOwe.Life must go on.MrGowe harus senyum tatkala air mata merayu untuk keluar...MrGOwe cume insan biasa.Kadang-kadang rayuan air mata tetap kupenuhi bilamana mengingati saat indah bersama dia yang TERISTIMEWA.Bagi pengatahuan semua.Aku tetap gigih belajar bahasa perancis just for her...and in case kalau die bace blog neh...kite ttp berkwan and akan kekal sbg sekadar seorang kawan smpai bile2...thanks for the all memories..

**Inilah serba sedikit picisan kisah couple ku.MissLonely salah kalau label semua
laki2 adalah same.Walau ada lelaki yang curang,tetapi masih ada yang setia.Walau
ada yang ego,tetapi masih ada yang snggup mengeluarkan mutiara air mata untuk si
Dia yang istimewa.Pokoknya,MissLonely sebenarnye belum jumpe yang sehati sejiwa dgn
MissLonely jur lg.Harap kisah MrGowe ni,MissLonely dapat jadikan sebagai iktibar**

Teori MrGowe-Ilmu Berhidup

~Sengaja MrGowe potretkan kata-kata yang tak seberapa puitis ilham MrGowe ini untuk
menjadi renungan dan tatapan bersama.MrGowe yakin,ramai daripada kita dalam nun jauh
ke isi hati pernah terdetik sepertimana yang ingin MrGowe sampaikan ini.Pernahkah
kita terfikir,untuk siapakah kita berkorban,untuk siapakah kita memendam rasa dan
paling hairan,kenapakah kita sanggup lakukan walau diri sakit menelan...Bagi
MrGowe,hidup ini penuh dengan misteri.Tapi pernahkah kita sedar,semua yang kita
lakukan sebenarya untuk si Dia...~

ILMU BERHIDUP

Banyak suka dan sengketa berlaku di keliling ku
Dari atas dan bawah,kiri serta kanan,depan jua belakang
Setiap hari aku diajar erti sesuap pengalaman
Pengalaman yg aku gunakan dalam berdepan si Dia
si Dia yang bergelar teman-temanku...

Aku ingat aku kuat
Kononnya kuat untuk melalui masalah itu
Tapi,bilamana aku mula menasihati mereka yg memerlukan
Baru aku sedar,aku juga selemah mereka
Banyak yang aku miliki
tapi milikan aku mungkin jua tidak menghargai kehadiranku...

Ramai dari kita sanggup berkorban
Berkorban demi apa-apa sahaja yg dirasakannya perlu
Sudi memaafkan bila kelukaan
Tapi dapatkah kita sebarang tanda ingatan???
Dapatkah kita sebarang penghargaan???

Ketika KAU melukakan...
Ketika KAU berbuat salah...
ketika KAU itu dan ini...
ADAKAH KAU TAHU????
Bilamana semua itu berlaku...
Sentiasa dipekakkan telingaku ini
Sentiasa dibisukan bicaraku ini
Sentiasa dibutakan mataku ini
Sentiasa dilembutkan hatiku ini
Semuanya semata-mata untuk memaafkan dirimu itu....

NAMUN,
Adakah sesaat kau pernah menghargaiku???
Adakah sesaat kau perasan akan kehadiranku???
Adakah sesaat kau pernah simpan aku dalam hatimu...ReNuNgKaNLaH...

"Sang Abid sanggup berkorban kerana Tuhan PenciptaNya,
Sang pecinta sanggup berkorban kerana cintanya,
Sang sahabat sanggup berkorban kerana persahabatannya
Tapi KITA....???"