"KATAKAN TIDAK PADA HIPOKRIT!!!"

Meh Pakat Join MrGowe Sokong Kempen Terbaru MrGowe ni

Si dia pun sama...hipokrit!!!

Adakah anda sedar,dalam asyik anda sibuk melabelkan orang lain hipokrit,anda pun sama saja,HIPOKRIT!!!Apakah status anda sebenar sebagai seorang kawan??Sejati atau hipokrit??Renung-renungkanlah...Disini ada 4 klasifikasi kawan....anda di mana???

1) Kawan Biasa

Sekadar jumpa, atau pernah duduk sekelas dengan dia. Nama pun kadang-kadang tak ingat atau tak tahu langsung. Kalau jumpa, dia hai kat kita. Kita pun buat-buat kenal. Padahal sejam lepas tu baru teringat, "oh, budak ni pernah sekelas dengan aku! Patut macam kenal!". Nak buat gelak boleh, tapi time kita sedih, jangan harap dia nak sedih sama-sama.
Nombor telefon dia mungkin akan hanya ada dalam HP je..

2) Kawan Kecemasan
Sekadar untuk minta tolong je. Kalau takda apa-apa kepentingan, no telefon delete terus! Mula meroyan cari no telefon dia time nak exam atau tengah kering sebab waktu nilah dia sahaja harapan kita! Baru teringat kat si dia yang banyak duit dan banyak salin nota dari lecturer! Kira macam Kaunter Khidmat Pelanggan atau Information Counter-lah..
Nombor telefon kejap ada kejap takda dalam list buku telefon..

3) Kawan Karib
Tempat mengadu masalah dan di adu masalah.. Kadang-kadang terlupa kat mak ayah untuk cerita masalah peribadi sebab asyik cerita kat kawan je. Konon kawan lebih memahami.. (teringat mak ayah time nak duit je kot..?). Sedih sama-sama, gembira bersama, tidur, mandi, baring, tukar baju, dan makan, semua bersama-sama.
Nombor telefon ada dalam list Activ10, 8pax, or Friends and Family...

4) Bekas Kawan
Kalau boleh, jumpa je terus rasa macam nak tumbuk. Kalau perempuan rasa nak cakar manjang.. Dah tak boleh ngam! Kalau dulu makan bersuap, kini makan berasap jer.. Padahal gaduh sebab hal kecik je...Gaduh sebab tak puas hati komen dalam blog pun ada....
Nombor telefon jangan kata nak buang, kalau boleh nak kikis simkad tu biar takda bekas langsung. No more activ10, no more 8pax, and no more F&F.

" Bagi Kawan-kawan MrGowe,fikirlah dimana anda.....ADAKAH KITA HIPOKRIT DALAM BERKAWAN!!! "

ApE KeS HiPoKriT

Kawan-Kawan..
Semakin lama semakin aku bosan dengan DUNIA ni..
hmm..bukan dunia...dengan MANUSIA di dunia...
terlalu ramai yang HIPOKRIT!!...
Kenapa?
Tak bolehkah "kita" semua hidup dalam dunia realiti?
Mengapa perlu ada unsur hipokrit dalam diri?
Untuk lebih maju ke depan perlukah ade hipokrit?
Untuk lebih senang bernafas dalam hidup ni..perlukan HIPOKRIT?
Kawan-Kawan..
Perlukah kita mengaku "ada"apa yang tidak kita "takda"?
Perlukah kita berpura-pura?

*MrGowe petik daripada Blog Laman Kepala Manusia.Kate Nabil,Lu Filirlah sendiri*
"KATAKAN TIDAK PADA HIPOKRIT!!!"

Meh Pakat Join MrGowe Sokong Kempen Terbaru MrGowe ni

MJ ke kubur jua....

**Bagi MrGowe manusia hebat seperti almarhum saudara Meekael (Micheal)pasti akan sampai ke satu titik di mana puncak segala kehebatan adalah Allah SWT. Kita umat Islam yang lahir sebagai Islam kadang-kadang tidak merasakan kehebatan Allah. AlFatihah utk roh almarhum sdr. Meekael**




LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - Agensi

Babi oh Babi...

Dulu burung yang kena selsema sekarang babi pulak yang kena selsema. Wabak yang bermula di Mexixo sudanh masuk ke negara jiran iaitu Amerika Syarikat.Apa itu sebenarnye H1n1 ne?Selalu dengar tapi tak tahu ertinya.Meh MrGowe bagitau tentang wabak yang manusia satu dunia takutkan ni.“H” bermaksud Hemagglutinin protein manakala “N” bermaksud Neuraminidase protein.

H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus.Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti. Macam bahaya sungguh virus ini. Masa wabak Selsema Burung dulu pun ramai yang terkorban, tapi penyakit selsema burung tersebar melalui burung.Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula. Ini yang mencetuskan keadaan panik di Mexico dan Amerika Utara.

Sempena Hari Bapa dan kutujukan untuk siDia...

MrGowe tersentak hati membaca cerita dalam blog MrStory.Ape2 pun,pesanan MrGowe kepada MrStory,saat kau menjadi ayah,yang ingin dikongsi dengan anak-anak hanyalah saat kegembiraan dan bukannya derita dengan harapan si anak terhibur tika mata si ayah belum tertutup.Ayah juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kekhilafan.....MrGowe tujukan cerita ini kepada MrStory.....

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."Hanya itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya."Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

**Pesanan MrGowe bilamana ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali siratulrahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Tuhan selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya**