Adam adli

Walaupun hebat pencak dan helah pendekar, mana mungkin pahlawan sejati dapat dikalahkan. Langkah berpencak tersirat seni dialog tuturan Hang Jebat lawanan Hang Tuah. Andai senario hari ini diperhalusi, sebagai mahasiswa tindakan Adam Adli ibarat pahlawan kebatilan sejati. Kejantanan aksi yang mampu meruntun UMNO dan sekutu. Andai bodoh dan ludah dipalit isu kisaran Adam Adli, hari ini Adam Adli mampu berbangga kerna beliau melawan pemimpin tertinggi Malaysia. Andai ugutan menjenguk, ingatlah anda sudah mulakan transformasi yang mana gagal dimanifestasikan najib. Anda Pemula, anda jua perlu sudahkan perjuangan ini.....

.....Melayu mudah Confuse


PPSMI akhirnya terkubur di tengah sawah!!!!sawah = melayu....Hanya melayu sahaja bergaduh mengenai PPSMI. Negara kita terus 'confuse' setelah lama mengecapi nikmat kemerdekaan. Bilamana di awal kemerdekaan, digambarkan suasana terdahulu termasuk keluarga melayu fasih berbahasa Ingeris namun pentadbir kerajaan serta sekalian manusia lalang mengambil pendekatan me'Melayu'kan bumi orang melayu. Akhirnya, bilamana kita petah bertutur patah melayu datangnya pula Che Det pemimpin angkatan melayu terus merombak suasana negara. Dasar pandang ke TIMUR yang akhirnya implementasi bercorakkan sistem Barat dan penjajah dipilih untuk diterapkan.Confuse melayu.....Melayu memang mudah lupa!!!