Masih adakah esok untuk KITA??

Mana Ultraman,mana Superman,mana Power Rangers??Dunia kita penuh ketidak amanan sejagat.100% musuh superhero ini semuanya pengganas dunia. Pengganas yang paling berbahaya di suatu sudut galaksi bima sakti.Jauh dari ada pengganas ini bertopengkan islam untuk memulakan kekacauan dan keganasan. Mengapa pula US dan Jepun tidak ditemplak oleh kerana karekter ganas yang dicipta mereka. Ironinya, islam terus mendapat perhatian dunia.Ini adalah artikel yang ingin dikongsi untuk renungan kita semua keluaran Berita Harian:


NEW YORK: Media dan tokoh Barat terus memandang serong agama Islam dan Muslim dengan mengeluarkan kenyataan menghasut kebencian terhadap penganutnya.Ketika muncul dalam rancangan The View, O'Reilly mengisytiharkan "Muslim bunuh kita ketika 9/11", menyebabkan aktres Whoopi Goldberg dan Joy Behar keluar dari rancangan itu yang disiarkan secara langsung.Ini diikuti Kilmeade ketika program Fox & Friends yang mengulas: "Ada kumpulan masyarakat tertentu menyerang kita pada 9/11. Bukan seorang saja tetapi satu agama. Tidak semua Muslim pengganas tetapi semua pengganas adalah Muslim,"katanya.

O'Reilly berkata, "Muslim bunuh kita pada 9/11" sebab itu tidak wajar bagi mereka untuk membina pusat islam dua blok daripada Pusat Dagangan Dunia menyebabkan Goldberg dan Behar keluar daripada rancangan itu dan hanya kembali selepas O'Reilly menyebut "pelampau Muslim".Laman web The Gothamist berpendapat, peri laku pengacara Fox sudah dijangka kerana mungkin seseorang itu dibenarkan memburukkan orang Islam sesuka hati (di Amerika).Sementara itu, di Carolina Selatan, beberapa keping daging khinzir diletak di laluan masuk sebuah pusat Islam yang dianggap cubaan menghina dan mencetuskan kemarahan orang Islam.

Seorang pengasas pusat itu yang juga penjaga tempat beribadat, Mushtaq Hussain, mengulas: "Orang Islam tidak makan daging khinzir jadi ini satu usaha supaya masyarakat Muslim marah. Pihak bertanggungjawab cuba menghina kami".Orang Islam di Amerika bimbang selepas usaha membina masjid dekat Ground Zero dibantah hingga ada yang bertindak membakar al-Quran selain mengganggu jemaah masjid sebelum dan selepas sambutan ulang tahun ke-9 tragedi 9/11.

Di Doha, seorang ahli perundangan Perancis menyifatkan Britain kalah kepada pelampau Islam kerana gagal mengharamkan burqa, lapor akhbar.Jacques Myard, anggota kanan Parti UMP pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, berkata dasar Britain yang ‘longgar’ membuka pintu kepada keganasan."Membenarkan wanita mengasingkan diri daripada masyarakat dengan memakai pakaian Islam yang menutup seluruh badan menyebabkan golongan radikal selesa dan Britain wajar sedar perkara ini. Ada sebab yang baik mengapa London digelar Londonistan. Ia penuh dengan pelampau Islam."Myard membuat ualasan itu kepada wartawan Britain di Qatar ketika mempertahankan keputusan negaranya mengharamkan burqa selepas menghadiri Debat Doha di Yayasan Qatar. - Agensi

Dunia, dengarlah "My name is ikhwan,i'm not a terrorist". Buat yang belum menonton filem Shah Rukh khan ini, sila cergas dan cerdas cari dan tengok filem ini.Filem yang penuh dengan mesej keamanan.Islam itu indah dan aman itu kata akar kepada islam....Personally, this is The best film of the year and SRK:



No comments: