Teori MrGowe-Ilmu Berhidup

~Sengaja MrGowe potretkan kata-kata yang tak seberapa puitis ilham MrGowe ini untuk
menjadi renungan dan tatapan bersama.MrGowe yakin,ramai daripada kita dalam nun jauh
ke isi hati pernah terdetik sepertimana yang ingin MrGowe sampaikan ini.Pernahkah
kita terfikir,untuk siapakah kita berkorban,untuk siapakah kita memendam rasa dan
paling hairan,kenapakah kita sanggup lakukan walau diri sakit menelan...Bagi
MrGowe,hidup ini penuh dengan misteri.Tapi pernahkah kita sedar,semua yang kita
lakukan sebenarya untuk si Dia...~

ILMU BERHIDUP

Banyak suka dan sengketa berlaku di keliling ku
Dari atas dan bawah,kiri serta kanan,depan jua belakang
Setiap hari aku diajar erti sesuap pengalaman
Pengalaman yg aku gunakan dalam berdepan si Dia
si Dia yang bergelar teman-temanku...

Aku ingat aku kuat
Kononnya kuat untuk melalui masalah itu
Tapi,bilamana aku mula menasihati mereka yg memerlukan
Baru aku sedar,aku juga selemah mereka
Banyak yang aku miliki
tapi milikan aku mungkin jua tidak menghargai kehadiranku...

Ramai dari kita sanggup berkorban
Berkorban demi apa-apa sahaja yg dirasakannya perlu
Sudi memaafkan bila kelukaan
Tapi dapatkah kita sebarang tanda ingatan???
Dapatkah kita sebarang penghargaan???

Ketika KAU melukakan...
Ketika KAU berbuat salah...
ketika KAU itu dan ini...
ADAKAH KAU TAHU????
Bilamana semua itu berlaku...
Sentiasa dipekakkan telingaku ini
Sentiasa dibisukan bicaraku ini
Sentiasa dibutakan mataku ini
Sentiasa dilembutkan hatiku ini
Semuanya semata-mata untuk memaafkan dirimu itu....

NAMUN,
Adakah sesaat kau pernah menghargaiku???
Adakah sesaat kau perasan akan kehadiranku???
Adakah sesaat kau pernah simpan aku dalam hatimu...ReNuNgKaNLaH...

"Sang Abid sanggup berkorban kerana Tuhan PenciptaNya,
Sang pecinta sanggup berkorban kerana cintanya,
Sang sahabat sanggup berkorban kerana persahabatannya
Tapi KITA....???"

2 comments:

Syuhaidah Rahmam said...

kte simpan je go2 dlm hati kte...hahahahaha...

..::Mr Pena::.. said...

To syuhaidah:
Tersentuh jiwa kalbu ni kejap..huhu...syai pown sme...slalu jur ade dlm hati MrGowe..wawa..walau singkat MrGowe knal syai,tp syai mg peramah sesangat...rse sedih sgt tapi still tak sesedih syai berpisah dgn adik ..wawa..sedih bilamana mengimbau hari2 terakhir dalam DAS esp bila mengingatkan MrGowe dah tak jumpa syai lg...