1001 ragam si Dia...


"Sekilau-kilau berlian adalah yang paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…"

MrGowe tertarik dengan sebuah artikel dalam sebuah majalah baru-baru ini mengenai sikap segelintir manusia yang bermacam ragam pilihan dan kemahuan.Kadang-kadang kita tidak tahu kenapa seseorang itu boleh melakukan sesuatu yang tidak dijangka.Namun, apabila melihat pada tahun 2008 ini begitu indahnya kehidupan insan yang dipertemukan ‘jodoh’ mereka dengan seseorang yang tidak dijangka adalah sesuatu yang cukup ‘menarik’ untuk diperkatakan.Tidak seperti seorang individu yg MrGowe nak cerita nih....

Along begitu memilih soal pasangan hidupnya sehingga ayahnya Pak Abu menegurnya.“Eh! Abah ni..Tak pasal-pasallah kenalkan Along dengan si Mamat tu. Abah tak nampak ke si Mamat pendek tu,hidung besar, mata sepet, tak handsome langsung!Abah rela ke…Cucu abah nanti…”Pak Abu memotong ayat si Along: “Dah la tu, kalau tak nak, tak payah nak keji orang, tak guna pergi belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai berbudi bahasa.” Lemah-longlai tubuh badan Along mendengar hujah balas Abahnya. Dia rasa malu kerana berlebih-lebihan mengata orang. Mungkin sebab itulah dia lambat dapat jodoh, terlalu sombong dan tak boleh kawal lidah lasernya itu. Sebab dia mampu beli apa saja,buat apa saja dengan pangkat dan duitnya. Hanya satu yang Tuhan tak izin iaitu jodoh.
Allah Taala Yang Maha Sempurna mahu menunjukkan kepada manusia bahawa mereka memiliki kelemahan-kelemahan di samping kelebihan yang diberikan. Supaya kita jangan bertingkah sombong dengan apa yang kita miliki.Ada yang berkahwin tapi tak ada anak, ada yang beranak tapi duit tak cukup, ada yang berkahwin tapi suami memisahkan dia jauh dari emak dan abahnya. Ada juga yang beristeri tapi tak bahagia kerana dikongkong sentiasa.

Ragam manusia yang serba kekurangan. Oleh itu mereka mesti berlindung kepada Allah, mengharap rahmat-Nya, menyerah diri pada Kuasa-Nya.Lihat sahaja beberapa insan ternama dan tersohor di Malaysia.Pasangan seperti Perdana Menteri, Raja Nazrin, Ina Naim dan Erra Fazira misalnya mungkin boleh dikatakan pasangan yang mempunyai banyak pengalaman hidup.Mereka ini boleh dianggap ‘bertuah’ kerana tanpa publisiti meluas tentang ‘percintaan’ mereka dengan pasangan masing-masing,tetapi kerana ‘Jodoh dan takdir’ mereka telah dipertemukan dengan insan yang benar-benar ‘serasi’ dan memahami mereka.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi.Cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam dan tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta,di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

3 comments:

Unknown said...

smoge dipertemukan jodoh pertemuan yg terbaik..insyaallah..hehe

Anonymous said...

begitu laaa hidup

..::Mr Pena::.. said...

eloklah direnungkan bersama...