Masih adakah hari esok??



Walaupun cerita yang MrGowe post ni may be berat dari segi unsur-nye terutama kepada geng2 seumur sebaya MrGowe (19 tahun jur baru beb) tapi renung-renungkanlah.Bagi kawan2 lelaki MrGowe, ingatlah anda adalah bakal husband-to-be manakala bagi kawan2 perempuan MrGowe, ingatlah anda adalah wife-to-be in may be next 3 more years.Pesanan untuk kawan2 MrGowe,saat ini adalah waktu crucial dalam memilih si Dia yang tepat bagi melayari bahtera esok hari supaya kelak tidak menyesal di kemudian hari.Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah,amanah yg tak terhingga nilainya.Isteri adalah untuk disayangi sampai bila2, bukan utk dibuang bila tak berguna.Ini adalah kisah benar yang MrGowe dapat melalui email dari senior MrGowe untuk renungan semua.....

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena kanser payudara.Dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta.Muda lagi.Wife dia kena buang sebelah buah dada.Kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas,kawan saya kawin dengan 2nd wife die yang umur baru 21 tahun.Masa cuti thaipusam,kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam, wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom untuk kasi laluan kat wife no.2.Kejamnya sehingga saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik.Walaupun tindakan dia kawin tu saya tak kisah sangat,tapi jauh di sudut hati saya memang terasa kejam sebab wife dia masih sakit dan dia langsung tak memikirkan pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.Masa Thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah,coz kawan saya tu jiran sebelah rumah-we all sama2 beli rumah masa bujang.Saya cakap,sampai hati dia buat camtu kat wife no.1 tetapi tiba2 kawan saya marah saya balik.Saya ada gak suruh dia asingkan kedua-dua isterinya tapi dia tak nak.Dia kata payah dia nak berulang alik. Lantaklah.Biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Masa kawan saya belajar dulu,time memula dia dengan wife no.1,pada awalnya hanyalah sebagai kakak dan adik angkat saja.Wife dia dah kerja sebagai operator kilang, so wife no.1 tu banyak support study kawan saya tu.Lepas tu, dah jodoh dan diorang kawin.Mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.Tak tahu lah saya nak cakap tapi yg buat saya bengang ade ke kawan saya tu selalu pujuk saya sampai lah kehari ni supaya jadi cam dia yakni cari no.2.Tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.Saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu,bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam tapi,bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah,saya jengoklah.Saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi.Wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu kat bawah.Saya tengok anak2 dia yg 4 org tu dgn maid menangis2 pungut baju mak dia.Kawan saya menjerit2 dari atas balcony cakap "kau org cakap ngan mama kau,kalau nak papa jaga sampai mampus jgn lawan cakap papa... ".Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu.Anak-anak no.1&2:perempuan,3&4:lelaki.Saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu.So,seronoklah dia berendam & mandi sama2 ngan wife no.2 dalam jacuzzi tu.Saya ingat lagi saya dengan kawan saya tu sama2 pegi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu.

Arwah baru je meninggal dunia pada hari khamis,sedangkan suaminya iaitu rakan baik saya pula tiada di Malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France.Kawan saya ni memang tidak berhati perut.Rakan saya sudah berlepas pada malam rabu.Apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport, maid arwah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas.Saya kelam kabut ke rumah sebelah utk bawa arwah ke hospital.Sebelum arwah pergi ke hospital, dgn kepayahan arwah mencium kedua-dua anak kembarnya(no.3 dan 4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur.Arwah juga berpesan kepada kedua-dua anak perempuan ( no.1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan perg buat selama-lamanya.

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wife saya menunggu di rumah rakan saya.Beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya.Saya masa tu hanya menginggalkan pesana dan menghantar sms kat rakan saya.Saya juga sempat menelefon abg arwah yg berada di Kluang supaya datang segera.Arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja.Mak &ayah arwah sudah tiada.Masa kat hospital,arwah sempat berpesan kepada doktor,jgn lakukan rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi.Memang sedih masa tu.Masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital,arwah masih dalam bilik rawatan.Abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong.Masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang.Abg arwah lah yg membuat keputusan agar jenazah arwah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya yg kejam itu....

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah banyak membantu saya.Semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid.Satu malam saya dan abg arwah tidak tidur.Dalam pukul 10 pagi lebih keesokan harinya,barulah jenazah arwah dapat di bawa kerumahnya untuk disiapkan bg pengebumian.Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian.Time tuh dalam kepala saya tak terfikir utk marahkan rakan saya tu,hanya yg terlintas hanyalah utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.Masa jenazah di rumah,anak arwah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada,tapi yg kembar tu sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup.Sedih sgt saya.Saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap tapi airmata saya meleleh juga.

Saya kenal arwah masa saya dan rakan saya form 4 di MRSM.Masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di MRSM.Masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu.Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA .Setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.Masa pengebumian,saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad.Saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang menenung saya.Terasa begitu sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, anak2 arwah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus,barulah yg kembar tu menangis,tapi dipujuk oleh wife saya.Suami arwah akan kembali pada hari sabtu depan.Jadi sehingga hari sabtu itu,setiap malam,keempat-empat anak arwah tidur bersama sama saya.Mereka rindukan arwah mama mereka dan juga papa mereka.Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama... mama... mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan senyap2 sayang.Papa ada dan saya berharap agar allah berikan hidayah kat rakan saya tu.Supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai.....

Pesanan MrGowe, “Wanita yg baik adalah wanita yg tidak akan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni....”

2 comments:

Mukhariz said...

menangis k.. sentap sgt bce bnde ni.. T_T

..::Mr Pena::.. said...

itulah seribu satu cerita ragam si dia bergelar manusia....