Malaysia lawan Thailand....


Berpaksikan kepada prestasi anak buah K Rajagopal semasa menentang Indonesia,pasukan negara sebenarnya jauh dari menunjukan prestasi sebenar Malaysia seperti yang dilakukan di Sukan Asia Guangzhou 2010. Kelemahan di bahagian pertahanan agak sukar diselindung lagi.Kecuaian Asaruddin berterusan dari kejohanan sukan asia agak bebal ditangkis pengendali malaysia itu.Kecederaan yang melanda skuad utama bukan suatu bukti dan rumusan kepada kekalahan yang dialami.Seandai pemain utama dikhuatiri tidak lagi mampu beraksi buat selama-lamanya,skuad yang diturunkan menjelang Thailand ini adalah skuad yang diharap mampu menggalas cabaran negara pada masa kan datang. Propaganda skuad sekarang bukan skuad utama bukan lagi menjadi titik persoalan dan pertikaian.Selain itu, Formasi 4-3-3 yang diguna pakai dalam perlawanan bertemu Indonesia adalah formula sama kekalahan Real Madrid kepada Barcelona dalam perlawanan El Clasico yang berkesudahan Barcelona menang 5-0. Persoalannya, berdepan dengan Thailand pada hari ini, K Rajagopal perlu menekuni formula yang terbaik untuk melonjakkan moral pasukan. Percaturan permainan bertahan dan serangan balas cepat (quick counter attack) dan hantaran lintang di hadapan pintu gol secara peribadi adalah pilihan yang terbaik.Syaratnya, pass through negara tepat dilakukan antara pemain. Apa-apa pun,all da best buat pasukan Malaysia...nantikan keputusan petang ini....

No comments: