Chanturu ilham Malaysia


Berkesudahan 0-0 dengan Thailand cukup membuatkan Malaysia berhadapan dengan saat getir dalam menanti perlawanan Selasa ini bertemu lawan terakhir di peringkat kumpulan iaitu Laos. Pujian di hambur untuk 2 pemain kelantan yang jelas menjadi tunjang pertemuan Malaysia-Thailand. Tahniah buat Khairul Fahmi yang tegap menjaga gawang dari dibolosi pihak lawan manakala, Nor syahrul Idlan Talaha begitu bergaya bertindak selaku playmaker. Namun, persoalan sekarang mana Chanturu Second Generation??? kita kekurangan penyudah akhirnya. seandai Chanturu bersama pasukan malysia pada hari ini menentang Thailand, kerja Syharul mungkin lagi mudah untuk mendapatkan kemenangan yang ditagih. Larian pantas dari hujung pertahanan ke gawang pihak lawan sememangnya diperlukan dari beliau di masa sukar sekarang. Ape-apapun tahniah buat Asaruddin yang agak jarang membuat kesilapan dalam perlawanan menentang Thailand hari ini.

Apa jadi kalau Indonesia sengaja kalah dalam perlawan terakhir menentang Thailand???jawabnya, malaysia gagal layak ke separuh akhir. Namun,kita rakyat malaysia amat mengharapkan kemenangan dari pasukan Malaysia pada waktu menentang Laos kelak di samping indonesa meneruskan rentak kemenangan bertemu Thailand nanti.

No comments: