EvRyOnE aDa RaHsiA


Sedar atau tidak, kita mempunyai 1001 kawan dari pelbagai jenis medium.Mark Zuckerberg pasti mempunyai kawan yang paling ramai di dunia melalui ciptaanya yang terulung iaitu FACEBOOK.Namun,Mark Zuckerberg mampu jua menjadi orang yang paling banyak berahsia akan masalah hidup tatkala kawan cumalah dari alam maya yang jauh mengenali siapakah Mark Zuckerberg yang sebenarnya.

Pernah atau tidak kita terfikir akan ringannya kepala seandai permasalahan hidup dapat dikongsi dengan orang yang kita percaya.Betapa rapat kawan yang kita ada,dia tetap seorang manusia yang hakikinya mampu bergaduh dan membuat kesilapan.Pemikir berkata, pergaduhan adalah suatu proses di takuk normal dalam menyediakan kita suatu kenangan manis untuk kita kenangkan di hari tua.TETAPI,sanggupkah kita bergaduh dengan kawan rapat kita yang menyimpan 1001 rahsia diri antum???Di saat kita mula meluahkan rahsia kepada kawan kita,maka bermula jua rasa jutaan penyesalan diri yang dibelengu delima ketidakpercayaan.Cuba tanya kawan rapat anda,adakah dia juga mempunyai kawan rapat yang lain???Seandai ya,anda telah membuat kesilapan besar dalam hidup anda.Anda yang tepat untuk tentukan jawapan bagi persoalan ini...

Pasti terhimpit dek penyesalan membuka pekung di dada yang kesekian kalinya anda akan mulai percaya hanyalah kepada diri anda.Rahsia MrGowe juga bertimbun banyaknya.Tak kurang juga rahsia kawan-kawan yang MrGowe pegang.Kenapa dunia begitu cepat menilai seseorang daripada satu kesilapan??Anda yang membaca jua tak kurang hebatnye menilai seseorang itu jahat dan bodoh kerana kebodohan anda.Sejauh mana anda mengenali si dia yang anda benci??Kalau pelakon komedi popular Saiful Apek yang ditangkap kerana dadah,mengapa mulut anda yang berbunyi sampai ke pagi berbicara.Adakah anda mempunyai sebarang pertalian saudara dengan si dia??Sejauh mana anda mengenali si dia??Anda sememangnya seorang yang terlampau hebat melakukan diskriminasi.Sebenci ISRAEL mendiskriminasikan Palestin,anda jua tidak ubah seperti ISRAEL.

Perlukah setiap kesilapan dirungkaikan dengan sebab musabab untuk anda menerima mereka kembali???Sesetengah permasalah kira elok andai si dia simpan untuk dijadikan panduan dan pedoman.Seandai anda mengenali si dia,anda sepatutnya percaya akan dia.Bukan kerana mendengar sebab musabab akan kesalahan si dia lakukan,TETAPI KERANA DIA ADALAH DIA YANG ANDA KENALI....

..::A person's a person,no matter how small::..

No comments: