Anwar....Tuju mu cuma 1

Langkah tari tersusun berlatarkan muzik,
Pahlawan berpencak menyusur alunan irama,
Kagum mata padamu terbeliak memerhati,
Kamu ku bakti damba mu sama.

Anwar, tuju mu cuma kami rakyat biasa. Pertualang rakyat dibicara berulang kali. Semangat rakyat dibakar kamu hingga hangus. Namun kamu mesti jauh dari alpa dan leka, kamu jua perlu bersemangat melawan kebatilan. Fitnah itu halnya diri kamu tapi kamu hamba kami dan kami ingin tahu perbicaraan mengakat kami. Bagai pengarah negara kami tidak ingin tahu halnya budak bodoh,budak ego,budak seks dan porno.kami ingin tahu perbicaraan mu hanyalah untuk kami terus memegang kuasa pengarah negara.

Anwar, jangan kamu ulang kesilapan mu. kami jua manusia yang tahu kamu berbuat salah dan berusaha membetulkan salahmu. Namun bagi kami, andai kamu gila untuk bekerja dengan kami, kami ambil kamu jadi khadam. kami tidak meminta tetapi kamu datang merayu. Bagi kami, juara pidato tiada hebatnya dari punguk rindukan bulan. kamu mesti ingat, kami ingin jadi pengarah negara tahun 2012 dan kamu khadam mesti taat aturan kami.

Anwar, Najib itu hebat kuasanya, sesiapa sahaja boleh dikenakan akta hasutan sama jua aku. Namun aku tidak gentar kerna hidupku di dunia hanya menanti mati memanggil. Habis riwayat aku andai noktah ditekan, maka Najib gagal jua untuk berbuat apa-apa. Yakinlah, Allah itu rabb-ku jua Rabb-mu.

No comments: