Si dia pun sama...hipokrit!!!

Adakah anda sedar,dalam asyik anda sibuk melabelkan orang lain hipokrit,anda pun sama saja,HIPOKRIT!!!Apakah status anda sebenar sebagai seorang kawan??Sejati atau hipokrit??Renung-renungkanlah...Disini ada 4 klasifikasi kawan....anda di mana???

1) Kawan Biasa

Sekadar jumpa, atau pernah duduk sekelas dengan dia. Nama pun kadang-kadang tak ingat atau tak tahu langsung. Kalau jumpa, dia hai kat kita. Kita pun buat-buat kenal. Padahal sejam lepas tu baru teringat, "oh, budak ni pernah sekelas dengan aku! Patut macam kenal!". Nak buat gelak boleh, tapi time kita sedih, jangan harap dia nak sedih sama-sama.
Nombor telefon dia mungkin akan hanya ada dalam HP je..

2) Kawan Kecemasan
Sekadar untuk minta tolong je. Kalau takda apa-apa kepentingan, no telefon delete terus! Mula meroyan cari no telefon dia time nak exam atau tengah kering sebab waktu nilah dia sahaja harapan kita! Baru teringat kat si dia yang banyak duit dan banyak salin nota dari lecturer! Kira macam Kaunter Khidmat Pelanggan atau Information Counter-lah..
Nombor telefon kejap ada kejap takda dalam list buku telefon..

3) Kawan Karib
Tempat mengadu masalah dan di adu masalah.. Kadang-kadang terlupa kat mak ayah untuk cerita masalah peribadi sebab asyik cerita kat kawan je. Konon kawan lebih memahami.. (teringat mak ayah time nak duit je kot..?). Sedih sama-sama, gembira bersama, tidur, mandi, baring, tukar baju, dan makan, semua bersama-sama.
Nombor telefon ada dalam list Activ10, 8pax, or Friends and Family...

4) Bekas Kawan
Kalau boleh, jumpa je terus rasa macam nak tumbuk. Kalau perempuan rasa nak cakar manjang.. Dah tak boleh ngam! Kalau dulu makan bersuap, kini makan berasap jer.. Padahal gaduh sebab hal kecik je...Gaduh sebab tak puas hati komen dalam blog pun ada....
Nombor telefon jangan kata nak buang, kalau boleh nak kikis simkad tu biar takda bekas langsung. No more activ10, no more 8pax, and no more F&F.

" Bagi Kawan-kawan MrGowe,fikirlah dimana anda.....ADAKAH KITA HIPOKRIT DALAM BERKAWAN!!! "

No comments: